KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa tiada atlet daripada kontinjen Sukan SEA yang gagal ujian doping setakat ini.
Beliau berkata Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan terus melakukan ujian secara sistematik ke atas para atlet bagi memastikan kontinjen negara bebas doping pada temasya dwitahunan itu.
"Alhamdulillah, tiada kes setakat ini. Kita harap dapat kekalkan momentum, ujian akan terus dilakukan," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan latihan atlet Sukan SEA di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, malam tadi.
Tiada kes penyalahgunaan bahan terlarang direkodkan pada Sukan SEA 2019 Filipina, namun terdapat kes atlet Malaysia 'kantoi' doping pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Ahmad Faizal berkata kontinjen negara akan berlepas secara berperingkat bermula 4 Mei ini bagi Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung secara rasminya bermula 12 hingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam, dengan acara terjun dan bola sepak bermula seminggu lebih awal.
Beliau berkata hampir 40 peratus atlet yang dipilih mewakili negara pada temasya kali ini merupakan atlet muda yang bakal membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa.
"Saya berharap mereka dapat mempersembahkan prestasi terbaik mereka, terutamanya mengatasi rekod peribadi masing-masing. Ini adalah platform bagi mereka untuk cabar diri di peringkat antarabangsa.
"Momentum ini yang kita nak bawa ke Sukan Asia dan Komanwel selepas itu. Ini adalah atlet-atlet muda yang kita nak pertaruhkan di kejohanan yang lebih besar seperti Olimpik Paris 2024 dan sebagainya," katanya.
Berikutan itu, Ahmad Faizal meminta rakyat Malaysia khususnya peminat sukan supaya tidak terlalu memberikan tekanan kepada mereka untuk membawa pulang pingat emas, sebaliknya memberikan sokongan padu untuk membuat lebih baik berbanding pencapaian peribadi terdahulu.
Mengulas mengenai kesukaran mendapat makanan halal, Ahmad Faizal berkata pihak MSN bersedia untuk memasak makanan sendiri dan bekalkan pek makanan sekiranya makanan yang disediakan di hotel penginapan tidak memuaskan dan sesuai untuk para atlet negara.
"Berdasarkan tinjauan awal, memang ada kesukaran, jadi kita akan membawa pasukan pemakanan yang jaga pemakanan atlet, kita boleh bekalkan makanan halal dan pastikan atlet dapat zat yang diperlukan. Kita juga dah menghubungi pihak hotel untuk membawa cef kita sendiri masak di dapur hotel terlibat sekiranya perlu," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata semangat atlet negara tidak luntur walaupun terpaksa menukar jadual berikutan Ramadan, tidak dapat beraya bersama keluarga dan beraksi pada bulan Syawal demi negara.
Terdahulu, Ahmad Faizal meninjau latihan pasukan lawan pedang, karate, menembak, olahraga, silat, kurash dan judo yang giat berlatih pada waktu malam berikutan Ramadan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Ahmad Faizal berkata Adamas akan terus melakukan ujian secara sistematik ke atas para atlet. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
AWANI Tonight: Supporting educators’ growth in the age of AI
On Teachers’ Day, Assoc Prof Dr Adelina Asmawi from Universiti Malaya shares the main challenges lecturers face in the higher education sector, and where improvements can be made for better support.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.